MESYUARAT AGUNG PIBG SK MADAI 2017

Written By Unknown on Sunday 2 July 2017 | 20:53



Mesyuarat Agung PIBG Sk Madai pada tahun 2017 telah diadakan pada 22 April 2017 bersamaan hari Sabtu, yang mana mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Nilwan Bin Kabang Adun N51 Bahagian Silam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan warga Sk Madai bersama dengan ibubapa pelajar bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah. Dalam ucapan perasmian ini juga Dato’ Nilwan menyumbang RM3000 kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan akademik pelajar yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September akan datang, dan beliau juga turut berjanji akan menyumbangkan dana sebanyak RM15000 kepada sekolah Sk Madai untuk membina sebuah dewan terbuka di sekolah ini. Sekaligus dengan sumbangan ini dapatlah pihak sekolah menjalankan aktiviti di dewan tersebut nanti.  





0 comments:

Post a Comment